Ibunda Habib Umar bin Hafidh


Telah berkata Al Habib Ali Al Jufri "Kita milik Allah dan kepadaNya juga kita kembali." Ibu kepada guru dan murabbi Al Habib Umar Bin Hafidz, iaitu Al Arifah Billah, seorang ahli ibadat, zuhud Sharifah Zahra Binti Abdullah Al Haddar Bin Al Syeikh Abu Bakar Bin Salim telah kembali ke rahmat Allah Taala.

Beliau adalah di antara wanita paling sabar dan ikhlas di zaman ini. Suaminya Al Imam Muhammad Bin Salim Bin Hafidz telah ditangkap oleh pihak komunis kerana beliau telah menentang kezaliman mereka.

Oleh itu, Al Habbabah Zahra bersabar dalam mendidik
anak-anaknya seramai 8 orang dengan pendidikan terbaik berdasarkan konsep ketakwaan dan sifat soleh. Semoga Allah membalasnya kerana ketabahannya. Anaknya paling besar adalah Al Habib Ali Masyhur, iaitu Ketua Majlis Fatwa Tarim, di Hadhramaut. Anak termuda pula adalah guruku Al Habib Umar. Anak cucu beliau lelaki dan perempuan begitu gigih di dalam menuntut ilmu. Ramai dari mereka telah menjadi graduan dari pusat-pusat pendidikan sekitar Tarim dan Al Azhar As Syarif.

Al Habbabah Zahra dikenali sebagai seorang yang banyak zikirnya, qiyamullail, puasa berterusan. Beliau juga banyak melakukan sedekah dan perbuatan baik secara tersembunyi. Apabila seseorang dicela di dalam majlisnya, beliau akan terus memotong kata-kata itu dengan berkata : "Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan kepadanya serta memelihara hati dan lidah kita".
Setiap kali saya meminta beliau untuk berdoa, beliau akan menyebut dengan tulus dan tawadhuk : "Kenapa saya? Kenapa dengan doa saya wahai anakku? Saya ini tiada kedudukan dan tidak penting. Saya ini yang memerlukan kepada doa, kerana saya adalah orang yang lalai." Setiap kali beliau berdoa, beliau akan turut mendoakan menyertakan doa untuk Umat Islam di dalam doanya itu. Beliau akan mendoakan dengan kebaikan untuk umat secara umum dan secara khusus bagi mereka yang sedang menghadapi musibah.

Semoga Allah merahmatinya serta menempatkannya dalam Syurga Firdaus yang tertinggi. Semoga Allah juga menjadikan anak cucunya serta kita sebagai kebaikan setelahnya.

Cinta Rasulullah ﷺ

“Katakanlah Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku, semua hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam ” ﺁﻟﻠّﻬُﻢَ ﺻَﻠّﯿ! ﻋَﻠﮱ ﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤّﺪْ ﻭَ ﻋَﻠﮱ ﺁﻝِ ﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤَّﺪ Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad, Wa'ala Aa Lii Sayyidina Muhammad. “ Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada keluarga penghulu kami Nabi Muhammad " Al Fatiha ilaHadrotinNabiyyilMustafa Muhammad ﷺ wa ala alihi wa sohbihi wa baarik wa salim . al fatihah

Post a Comment

Previous Post Next Post