Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan fitnah kemasyhuran

Al-Habib Ali Al-Jufri الحبيب علي الجفري bercerita bahawa beliau pernah meminta nasihat secara peribadi daripada al-Marhum al-Muhaddith Sayyid Muhammad Zaki Ibrahim dengan berkata, "Sayyidi! Saya merasakan saya telah hampir kepada ambang kemasyhuran. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan fitnah kemasyhuran ini?" Al-Marhum menjawab, "Saya berikan kamu DUA nasihat :

Pertama - tundukkan pandangan mata hati kamu daripada melihat kepada ganjaran manusia.



Kedua - luangkan masa bersama ALLAH di waktu malam walaupun sekadar lima minit dengan melakukan ketaatan sama ada bersolat dua rakaat, membaca al-Qur'an, berzikir atau berdoa.

Jika kamu lakukan perkara ini, ALLAH akan mencampakkan rasa lazat bermunajat kepada-Nya di hati kamu sehinggakan walaupun kamu sekadar meluangkan masa bersama-Nya selama lima minit, hakikatnya kamu mengecapi kelazatan itu selama berjam-jam tanpa kamu sedari." Ya Subhanallah!! p/s : Pesanan untuk sesiapa saja yang telah mula dihinggapi populariti dan kemasyhuran agar tidak timbul rasa 'ujub dan takbur...

Cinta Rasulullah ﷺ

“Katakanlah Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku, semua hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam ” ﺁﻟﻠّﻬُﻢَ ﺻَﻠّﯿ! ﻋَﻠﮱ ﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤّﺪْ ﻭَ ﻋَﻠﮱ ﺁﻝِ ﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤَّﺪ Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad, Wa'ala Aa Lii Sayyidina Muhammad. “ Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada keluarga penghulu kami Nabi Muhammad " Al Fatiha ilaHadrotinNabiyyilMustafa Muhammad ﷺ wa ala alihi wa sohbihi wa baarik wa salim . al fatihah

Post a Comment

Previous Post Next Post